Perlu atau minat?

Kad takaful = Tayar spare

Dalam dunia takaful, ramai orang tidak memahami tentang kepentingannya. Maka tidak hairanlah ada beberapa orang yang saya temui untuk memperkenalkan takaful memberi jawapan “saya tidak minat” setelah saya dengan bersungguh sungguh menerangkan tentang kepentingannya. Saya merasa agak hairan mengapa mereka tidak nampak apa yang saya nampak.

Di sini saya akan cuba jelaskan dengan cara yang lain tentang kepentingan takaful agar pembaca dapat menilai samaada ianya hanya untuk diminati atau sesuatu yang perlu dimiliki.

Saya umpamakan takaful ini dengan tayar spare sebuah kereta. Jika anda memiliki kereta, tayar spare atau tayar ganti mesti disediakan. Jika saya katakan begini:  ”Mengapa hendak disediakan tayar ganti  sedangkan tayar yang sedang digunakan masih elok? mana mungkin tayar tersebut akan pecah atau pancit kerana fizikalnya  masih dalam keadaan baik. Jika berlaku sesuatu pun barulah kita cari tayar ganti di mana-mana kedai terdekat. Tak perlulah kita sediakan tayar ganti itu dalam perjalanan jauh kerana saya yakin tayar yang sedia ada tak akan pancit”!

Bagi anda adakah cara saya itu betul ? Sudah tentu tidak kerana orang yang bijak akan menyediakan tayar ganti ke mana sahaja dia pergi. Mengapa? Sudah tentu kerana dia tidak boleh memberi jaminan bahawa tayar yang sedang digunakan tidak akan pancit. Jika tidak ada tayar spare apa akan berlaku kepada saya dan juga anda jika tiada tayar spare?  Sudah tentu akan timbul masalah. jika pancit berhampiran kedai tayar, mungkin tiada masalah, bayangkan jika pancit ketika melalui hutan belantara, siapa akan bantu anda ketika itu. Bukankah itu satu masalah yang besar?

Begitu jugalah dengan takaful, terutamanya kad perubatan. Adakah semasa tubuh badan anda dalam keadaan sihat walafiat hari ini, anda boleh merasa yakin bahawa esok lusa tidak akan berlaku sesuatu yang buruk ke atas diri anda? Jika anda ditimpa penyakit atau kemalangan, kos rawatan pakar sudah tentu tinggi. Ketika itu apa yang anda perlukan? Mestilah jumlah wang yang besar. Adakah simpanan anda sudah puluhan ribu ringgit? Saya rasa nak ada RM10,000.00 pun sukar. Jadi bagaimana? Tidak lain dan tidak bukan dengan menggunakan kad takaful.

Dengan memiliki kad takaful samalah dengan menyediakan tayar spare. Walaupun  tidak berlaku apa-apa yang buruk sepanjang kita memiliknya, meniadakannya bukanlah satu langkah yang bijak kerana malang tidak berbau dan langit tidak selalunya cerah. Peranan anda ialah sediakan payung sebelum hujan.

Dengan huraian saya tadi saya harap anda sudah ada jawapan bagi persoalan adakah kad takaful itu sesuatu yang diperlukan atau sekadar diminati sahaja.

Sekian, wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.