Risiko

Risiko merupakan satu perkara yang berkait rapat dengan kesejahteraan samaada masa sekarang atau akan datang. Dengan risiko banyak langkah perlu diambil dan telah diambil untuk menanganinya.

Dari itu risiko terbahagi kepada dua ; Risiko jangka pendek dan risiko jangka panjang. Bersesuaian dengan  blog takaful, di sini saya akan berkongsi dengan pembaca bagaimana takaful dapat menguruskan risiko jangka pendek mahupun jangka panjang .

Risiko jangka pendek :

Oleh kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada hari-hari mendatang, maka kita akan terdedah kepada pelbagai risiko kemalangan dan penyakit yang boleh menggugat keharmonian yang sedang dan telah kita kecapi. Zaman serba moden dan canggih ini deria penglihatan dan pendengaran kita sentiasa dihidangkan dengan pelbagai peristiwa dan cerita yang berkaitan dengan berbagai jenis penderitaan. Rayuan demi rayuan dilakukan kepada pihak-pihak berkenaan atau tidak agar mereka simpati dan menghulurkan bantuan segera untuk menjalani rawatan. Berbagai karenah birokrasi terpaksa dihadapi untuk mendapat wang bulanan yang belum tentu cukup untuk makan dan minum, apatah lagi kos rawatan. Keadaan lebih parah jika isteri tidak bekerja! Bagaimana hendak menjalani kehidupan bersama anak-anak dalam keadaan diri kita sendiri terlantar?

Risiko jangka panjang :

Jika Allah takdirkan kita dalam keadaan sihat walafiat sehingga usia mencecah 80 tahun atau 100 tahun, sudah tentu kita rasa amat bersyukur atas kurniaan nikmatnya ini. Tetapi di sana ada satu persoalan pula. Adakah kita akan terus bekerja sehingga kita meninggal dalam keadaan itu? Sudah tentu tidak, kerana kita juga akan berehat di penghujung usia dalam erti kata bersara. Persaraan biasanya dalam lingkungan 60 tahun. Pada usia itu kita ingin berehat dan menumpukan sisa-sisa kehidupan kita kepada ibadah-ibadah khusus. Namun kita tetap juga perlukan wang perbelanjaan untuk menjalani kehidupan seharian! Untuk para pesara berpencen mungkin agak selesa tetapi harus diingat bahawa  dengan pencen segalanya akan jadi separuh, makan minum separuh, melancong separuh, penggunaan utiliti pun separuh. Pendek kata gaya hidup kebiasaan kita akan bertukar serta merta. Bagi saya, sukar untuk setiap orang mengubah gaya hidup 100% kepada 50%. Mungkin ada juga yang mengharapkan anak-anak menyara kehidupan mereka. Untuk golongan ini harus diingat bahawa apa jaminan anak-anak akan mampu memberi wang saku di kemudian hari. Jika anak baik sekalipun mungkin kehidupannya susah kerana mempunyai keluarga sendiri. Begitu juga jika dia senang, belum tentu dia akan mengenang budi. Semua itu dalam ketentuan Allah jua.

Demikianlah risiko yang berkemungkinan besar berlaku dalam kehidupan kita. Ianya perlu diuruskan seperti mana dituntut oleh agama. Di sini saya cadangkan anda menyimpan secara berkala di dalam pelan takaful. Dengan takaful MAA kedua – dua risiko jangka pendek dan panjang dapat diuruskan dengan serentak. Bagaimana? Dengan menyimpan dalam plan takaful, anda dan keluarga akan menikmati manfaat utama iaitu khairat lumpuh dan mati, khairat penyakit kritikal dan juga sumbangan harian di wad hospital. Jika anda berusia 30 tahun, apabila anda menyimpan RM130 sebulan, anda akan dijamin dengan jaminan berikut :

1) Khairat mati : RM 100,000.00

2) Khairat lumpuh : RM 100,000.00

3) Khairat penyakit kritikal : RM 100,000.00

4) Sumbangan harian wad : RM 100.00

Semua manfaat ini digunakan untuk mengurus risiko jangka pendek.

Dalam masa yang sama caruman atau simpanan yang kita lakukan setiap bulan itu semakin lama akan terkumpul menjadi banyak ibarat sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dengan RM 100.00 sebulan apabila bersara nanti, nilai simpanan akan mencecah puluhan ribu ringgit. Dengan simpanan ini, dapatlah digunakan untuk perbelanjaan apabila bersara nanti. Inilah yang dekatakan plan serampang dua mata. Jika anda mula menyimpan dengan takaful MAA mulai hari ini, anda dikira sangat bijak kerana menguruskan dua risiko dalam satu masa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.