
Mungkin ramai antara kita sudah memiliki pelan takaful. Namun mungkin ramai juga yang tidak menyedari bahawa pelan yang telah diambil tidak memenuhi keperluan diri dan keluarga. Maksudnya pelan yang diambil tidak lengkap. Ada yang memiliki pelan perlindungan kewangan dan simpanan sahaja, tetapi tidak memiliki pelan perlindungan kesihatan, ada juga yang sebaliknya hanya ada pelan perlindungan kesihatan sahaja.
Untuk pengetahuan semua bahawa pelan takaful yang lengkap ialah yang memiliki kedua-dua jenis perlindungan. Dimana jenis yang pertama akan memberikan kita hadiah wang dalam bentuk tunai sementara jenis yang kedua akan memastikan kita mendapat rawatan dengan kadar segera.
Jika kita memiliki hanya pelan simpanan tanpa pelan kesihatan (kad perubatan) masalah akan timbul jika kita ditimpa musibah yang memerlukan rawatan segera. Rawatan segera tidak dapat tidak hanya didapati di hospital pakar. Bukan saya mengatakan bahawa hospital kerajaan tidak bagus, tetapi memandangkan kekurangan kakitangan dan juga bilangan pesakit yang terlalu ramai, menjadikan jadual rawatan untuk kita akan terlewat sehingga ada yang memakan masa bertahun lamanya. Lalu kita terpaksalah menunggu dalam keadaan menanggung penderitaan. Sanggupkah kita menunggu dalam kesakitan? Biasanya kita tiada pilihan demi untuk menyelamatkan nyawa, maka terpaksalah masuk juga ke hospital pakar swasta. Satu masalah besar yang akan menimpa sesiapa sahaja yang mendapatkan rawatan di hospital swasta ialah kos yang tinggi yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Di mana nak dapatkan jumlah itu? Mungkin kita telah bertahun lamanya menyimpan wang, namun dengan sekelip mata sahaja lesap untuk rawatan. Bukankah itu satu kerugian kerana simpanan tersebut biasanya untuk digunakan sewaktu persaraan kelak? Untuk yang ada pelan takaful simpanan sahaja, proses untuk membuat tuntutan akan memakan masa lebih kurang sebulan, itupun jika mencukupi untuk menampung kos yang diperlukan. Jika tidak mencukupi, maka terpaksalah melakukan tindakan yang asalnya tidak sanggup dilakukan seperti menjual rumah, merayu bantuan ke sana sini dan sebagainya lagi.
Untuk yang memiliki plan kad kesihatan sahaja pun belum dikira selamat kerana plan ini hanya menyediakan kos rawatan yang diperlukan secukupnya. Tiada jumlah tunai yang akan diterima oleh kita. Andai kita lumpuh, kita hilang punca pendapatan, kad perubatan tidak mampu memberi kita keperluan tunai. Lain pula halnya dengan plan simpanan tadi, ianya akan memberikan wang tunai kepada kita.
Kesimpulannya, plan yang lengkap ialah yang memiliki kedua-dua plan serentak, plan perlindungan pendapatan dan juga plan kesihtan. Dengan keduanya kita pasti akan mendapat perlindungan sepenuhnya insyaALLAH.
Jika sesiapa yang ingin melengkapkan plan sedia ada tidak kira dari mana-mana syarikat takaful atau insuran dengan salah satu plan yang disebutkan tadi, boleh mendapatkan bantuan saya dengan menghubungi melalui no tel yang tertera pada halaman utama. Saya akan bantu uruskan dari awal hingga akhir.
Sekian, harap bermanfaat.
